PUTRAJAYA, 21 Sept –  Unit UTMAlumni dan beberapa orang alumni UTM telah terpilih untuk menyertai Konvensyen Usahawan Alumni Bersama Industri, Universiti Awam Malaysia 2020. Konvensyen ini berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya dengan anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Unit UTMAlumni dan beberapa unit alumni Universiti Awam lain juga telah terlibat sebagai penganjur bersama dalam menjayakan konvensyen ini.
Objektif program ini adalah untuk memberikan input-input dan informasi bagi membantu usahawan alumni terutamanya impak daripada COVID-19 kepada mereka. Selain itu, program ini membantu usahawan alumni melalui pelbagai insentif, geran, bantuan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan swasta selain dapat mengumpulkan maklumbalas daripada pihak industri. Diharapkan program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada usahawan alumni dan mereka dapat menyumbang semula kepada universiti.