USR UTM-CAMBODIA 2019

09 OGOS – 13 OGOS 2019

Assalamualaikum buat semua alumni UTM yang dikasihi
In shaa Allah Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang tiba di mana aktiviti korban sedang diatur dan akan dijalankan pada hari yang mulia tersebut.

UTMAlumni turut ingin menyumbang bakti dengan mempelawa alumni yang berminat untuk melakukan ibadah korban dan melakukannya bagi saudara-saudara kita di luar negara yang sangat memerlukan dengan kadar harga yang jauh lebih rendah, maka inilah masa dan ketika untuk kita menginfakkan sebahagian dari harta kita ke jalan yang Allah redhai.

Mohon alumni yang bersedia untuk melaksanakan ibadah korban ini memaklumkan nama dan bahagian dikorbankan untuk rekod dan rujukan UTMAlumni disebabkan. akaun yang diberi adalah juga terbuka untuk penerimaan korban dari lain-lain penyumbang.

Sekian, terima kasih.