Hutan Rekreasi, 18 Januari – Satu program gotong royong anjuran pejabat JTNC(Pembangunan) dengan kerjasama Sukarelawan UTM Prihatin telah diadakan di kawasan hutan rekreasi, Universiti Teknologi Malaysia. Program siri gotong royong ini diadakan bersempena aktiviti yang telah dipersetujui bersama pihak Timbalan Naib Canselor Pembangunan dengan bantuan Sukarelawan UTM Prihatin dan hasil perbincangan dibawah projek UTM BERSERI.

Program ini telah berjaya dirasmikan dengan gimik penanaman pokok oleh wakil dari Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan iaitu, Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin bin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset, JTNCP.

Hadir sama, Encik Taha bin Othman, Pengarah Bahagian Pengurusan Perniagaan TNCP, Encik Khairull Azmi bin Ishak, Timbalan Pendaftar TNCP, Encik Mohd Afizan bin Alang, Arkitek landskap TNCP, Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan TNCP, Encik Ishamuddin bin Kusmin, Jurutera Awam TNCP, Puan Mazlyna bin Rosly, Ketua Unit Campus Experience, Dr. Mohd Fa’iz bin Ahmad, Pengarah OSHE, dan Encik Haironizam bin Mohamad, Ketua Sukarelawan Prihatin.

Peserta telah dibahagikan secara berkumpulan mengikut carakerja masing-masing, antaranya seperti mengecat, membersihkan daun-daun kering, mencuci kawasan rumah kampung, menanam pokok serta membersihkan kawasan lata jernih.

Program tamat pada jam 12.30 tengahari.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga Universiti yang terlibat.