RECREATIONAL FOREST PACKAGE
LATAR BELAKANG HUTAN REKREASI
Hutan Rekreasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berbahagia Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli Tan Sri Mohd Ghazali, Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 22 Disember 2003.
Hutan Rekreasi UTM terletak di kawasan Hutan Simpan Kampus UTM, Johor Bahru, Johor yang berkeluasan 37.5 km persegi merupakan salah satu tempat rekreasi dalam kampus. Selain topografinya yang berbukit-bakau, hutan ini turut mempunyai lembah dan beberapa mata air untuk pengairan sungai.
Hutan ini juga mempunyai keunikan tersendiri kerana menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna yang ada diantaranya telah berusia 20 tahun.
Hutan Rekreasi diwujudkan bertujuan untuk menampung keperluan aktiviti beriadah, rekreasi, perkhemahan dan kokurikulum mahasiswa / staf UTM khasnya dan masyarakat sekitar Johor Bahru amnya.
PAKEJ-PAKEJ HUTAN REKREASI UTM
UTM menawarkan pelbagai pakej perkhemahan di Hutan Rekreasi, UTM untuk disewa oleh semua meliputi pelajar sekolah/ Universiti Awam / Swasta dan orang awam.
SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN
1. Kadar harga adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
2. Tempahan hanya sah apabila bayaran deposit 50% atau bayaran penuh telah dijelaskan (Kadar deposit minima adalah sebanyak RM 500.00) sebelum tarikh program dilaksanakan. Unit UTM Kampus Edupelancongan BERHAK menawarkan kepada pihak lain tarikh program perkhemahan yang sama atau tempahan automatik terbatal sekiranya tempahan dibuat tanpa disertakan bayaran deposit atau tiada sebarang pemakluman rasmi selepas 14 hari dari tarikh sebut harga diberikan.
3. Tempahan hendaklah dibuat dalam masa sebulan sebelum tarikh program yang hendak dijalankan. Untuk tempahan, surat rasmi permohonan hendaklah dikemukakan secara bercetak atau emel ke campus.edutourism@utm.my.
4. Untuk bayaran yang menggunakan Pesanan Tempatan (Local Order) (L.O.) dibenarkan dengan syarat diserahkan kepada pentadbir pada tempoh yang telah ditetapkan. Pembayaran menerusi cek mestilah mengatasnamakan “BENDAHARI UTM”. Cek hanya akan dikira sah setelah berjaya ditunaikan. Pelanggan hendaklah memastikan resit diberikan selepas pembayaran dibuat. Semua urus niaga dalam Ringgit Malaysia (RM).
5. Sebarang pembatalan / penangguhan tempahan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh program yang dijadualkan dan wang pendahuluan (deposit) akan dipulangkan sepenuhnya. Jika dilaksanakan dalam masa 7 hari, wang deposit tidak akan dikembalikan.
6. Pelanggan bertanggungjawab menyerahkan senarai nama peserta yang akan menyertai program termasuk guru / pegawai, urus setia dan fasilitator sebelum / semasa hari pertama program.
7. Peserta harus sentiasa memastikan kebersihan Hutan Rekreasi UTM.
8. Pembakaran hutan tidak dibenarkan.
9. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemalangan semasa melakukan aktiviti lasak.
10. UTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda, kerosakan, kecederaan dan kemalangan yang berlaku. Pelanggan dinasihatkan menyimpan atau tidak membawa barang-barang berharga. Pelanggan wajib mendapatkan khidmat jurulatih bertauliah semasa menjalankan aktiviti luar dan bertanggungjawab mengambil Perlindungan Insuran / Takaful terhadap semua peserta sebelum menjalani program di Hutan Rekreasi UTM.
11. Peralatan peribadi (tuala, sabun mandi, tisu tandas dll) tidak disediakan.
12. Alat tulis seperti pen, kertas, pen marker dll tidak disediakan.
13. Bagi penyediaan makanan / minuman, penggunaan polistirena dan penyedut minuman plastik adalah DILARANG digunakan di dalam kampus UTM Johor Bahru.
14. Berkuatkuasa 1 Mei 2015, semua penggunaan Hutan Rekreasi UTM tidak dibenarkan lagi mengambil makanan dari katerer luar dan hendaklah menggunakan katerer yang disediakan oleh pihak universiti sahaja seperti yang tertera di dalam Pakej L (sekiranya tidak menggunakan Pakej Penuh) kecuali dengan kebenaran sahaja.