
Apa itu pokok selasih?
Selasih atau juga dikenali sebagai ‘Basil’, (Ocimum basilicum), bukanlah satu tumbuhan asing bagi masyarakat Melayu, Asia Tenggara malah di dunia. Namun begitu terdapat perbezaan antara selasih-selasih yang digunakan oleh masyarakat mengikut geografi, negara malah bangsa. Keunikan tumbuhan selasih ini, selain daripada fizikalnya yang berbeza, ia turut memberikan hasil masakan yang berbeza juga. Tumbuhan selasih telah digunakan sejak sekian lama, bukan sahaja untuk tujuan masakan malah sebagai khasiat perubatan.
Jenis-jenis Selasih

Oleh kerana daun selasih mempunyai senarai yang meluas, sebahagian daun selasih ini tidak mempunyai nama tempatan. Jadi ia akan disenaraikan di dalam Bahasa Inggeris ataupun nama saintifiknya sekiranya diketahui (oleh penulis). Jadi mari kita melihat beberapa jenis daun selasih yang biasanya digunakan dalam masakan Timur mahupun Barat.
– Great Basil (Ocimum basilicum)
– Kemangi, atau lemon basil (Ocimum × citriodorum)
– Thai Basil, sweet basil (Ocimum basilicum)
– Thulasi, atau holy basil (Ocimum tenuiflorum, formerly known as O. sanctum)
– Dark opal basil (Ocimum basilicum var. Purpureum)
– Cinnamon basil (Ocimum basilicum ‘Cinnamon’)
– Osmin purple basil (Ocimum basilicum), dengan daun berwarna purple.
– Corsican Basil
– Ajaka Basil
– Lime Basil
– Spicy Bush Basil
– Purple Ruffles
– Greek Basil
– Summerlong Basil
– African Blue Basil
– Ararat
– Cardinal Basil
Itu hanyalah sebahagian daripada jenis-jenis basil yang biasa digunakan dalam masakan. Jadi sekiranya anda mencuba resepi yang menggunakan basil, sebaiknya melihat jenis basil yang digunakan, untuk mendapatkan hasil masakan yang memuaskan.
Macam mana nak tanam pokok selasih?

Ada dua cara untuk menanam pokok selasih. Anda boleh menyemai biji selasih atau menanam keratan batang daripada pokok selasih yang segar. Biji benih selasih boleh dibeli dari kebanyakan kedai bunga atau dihantar terus ke rumah melalui tempahan dari laman dalam talian. Perkara asas yang anda perlukan ialah:
Pasu: Saiz pasu bergantung kepada keluasan ruang anda. Jika boleh, pilih pasu sekurang-kurangnya sedalam 20cm untuk pokok yang sihat. Pasu harus mempunyai lubang di bahagian bawah untuk saliran air. Jika anda ingin menyimpan pokok selasih anda di dalam rumah, cari pasu yang sepadan dengan hiasan rumah anda. Jika anda menggunakan semula pasu lama, kosongkan tanah dan sterilkan pasu sebelum digunakan. Pasu terpakai boleh mengandungi bakteria yang mungkin akan menjangkiti tanaman baharu anda.
Tanah pasu: Jangan gunakan tanah dari taman anda yang mungkin terlalu keras dan tercemar yang akan menyukarkan pertumbuhan pokok selasih. Gunakan tanah pasu atau tanah organik yang telah dipracampur dengan nutrien. Jika anda menggunakan tanah biasa, campurkan dengan kompos untuk nutrisi dan perlite untuk saliran yang lebih baik. Campurkan kulit telur hancur yang akan membantu membaja tanah.
Kegunaan Rawatan Kesihatan

Manakala untuk tujuan rawatan kesihatan pula, daun selasih ini telah lama digunakan masyarakat tempatan untuk merawat beberapa masalah kesihatan yang ringan antaranya adalah.
– gatal gatal pada tekak
– bertindak sebagai perangsang
– pelawas kencing
– mengeluarkan peluh
– merawat sakit kepala
– masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak
– kurap
– batuk
– rawatan selepas bersalin
– demam panas
– asma
– meredakan demam
– merawat keradangan usus
– penyakit kulit
– merawat kencing manis
– gangguan pernafasan
Aroma daun selasih ini mampu memberikan ketenangan, maka ia sesuai digunakan terus atau dalam bentuk pati minyak. Anda juga mungkin ingin mencubanya dalam bentuk teh.
Itu adalah sebahagian sahaja daripada keunikan dan kegunaan tumbuhan istimewa selasih atau basil. Semoga dengan ini ia akan menambah pengetahuan kita dan dapat memanfaatkannya untuk kegunaan sendiri mahupun keluarga. Anda juga mungkin ingin mencuba menanamnya untuk kegunaan keluarga mahupun komersial seterusnya membangunkan ekonomi. Apapun selamat mencuba. Jangan lupa tuliskan sebarang saranan berguna di ruangan komen.
Menanam dari biji selasih

Langkah 1:
Sediakan dulang biji benih. Jika anda tidak mempunyai dulang, anda boleh menjimatkan wang (dan melindungi alam sekitar) dengan menggunakan karton telur. Gerudi atau tebuk lubang di bahagian bawah kadbod untuk saliran air. Tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan akar reput.

Langkah 2:
Isikan kira-kira dua pertiga daripada setiap sel dalam dulang dengan campuran tanah pasu. Tanah gambut coco (coco peat) mengekalkan kelembapan dengan baik. Anda boleh menambahnya ke dalam campuran pasu untuk percambahan biji benih yang lebih baik.

Langkah 3:
Taburkan dua atau tiga biji benih selasih ke dalam setiap sel dalam dulang dan tutupkan dengan lapisan tanah yang nipis. Anda tidak perlu merendam biji selasih sebelum menanam.

Langkah 4:
Akhirnya, siram setiap sel sehingga tanah lembap tetapi berhati-hati agar sel tidak dibanjiri. Botol semburan elok digunakan untuk menyiram.