Tebu Hitam

  • Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara.
  • Terdapat beberapa spesies tebu,ianya boleh dibezakan dengan dilihat daripada ciri-ciri  fizikalnya iaitu warna daunnya, saiz batang tebu, dan warna batang tebu.

Ciri-ciri pokok ubat tebu hitam (ASLI)

  • Saiz batangnya berukuran kecil.
  • mempunyai daun berwarna merah kehitaman (Merah Marron).
  • Setiap katam batang tebu berwarna hitam keputihan dan apabila dikikis batang tebunya akan meninggalkan kesan berwarna ungu pada kulit tangan.
  • Kurang manis dan mempunyai kandungan air yang agak banyak.
  • Mampu memberi manfaat dan khasiat yang tertentu untuk kesihatan tubuh.

Ciri-ciri pokok tebu hitam minuman

  • Mempunyai saiz batangnya yang berukuran lebih besar
  • Mempunyai daun kehijauan
  • Saiz setiap katam yang lebih besar dan berwarna merah kehitaman dan pokok yang lebih tinggi.
  • Pokok tebu hitam jenis ini biasanya digunakan untuk dijadikan minuman.
  • Peniaga air tebu selalunya akan mecampurkan perahan air tebu kuning dengan perahan air tebu hitam minuman di dalam satu bancuhan supaya menghasilkan kombinasi air tebu yang lebih sedap dan manis disebabkan tebu hitam minuman mempunyai kadungan kemanisan yang lebih manakala tebu kuning pula mempunyai kandungan air tebu yang banyak.

Cara-Cara Penggunaan Ubat Tebu Hitam 

1. Mencegah strok

  • Minum air tebu hitam secara teratur membantu menjaga metabolisme tubuh akibat kekurangan cairan kerana kegiatan harian yang kita lakukan, sehingga membantu menghindar strok.

2. Melawan kanser payudara

  • Kandungan yang berada pada buah tebu hitam merupakan sifat alkali yang dapat membantu untuk mengatasi kanser payudara dan juga prostat dengan cara minum secara kerap

3. Baik untuk diabetes/ kencing manis

  • Kandungan gula semulajadi yang ada pada tebu hitam sangat baik untuk penderita diabetes. Air tebu menjadi alternatif yang lebih baik untuk gula mentah atau pemanis buatan. Minum jus tebu hitam juga mampu menjaga kadar glukosa darah dalam badan lebih seimbang.

4. Mengatasi badan berangin

  • Ambil tiga helai daun tebu hitam, rebuslah hingga mendidih dan minumlah apabila air rebusan daun tebu tersebut sudah sejuk, lakukan secara rutin iaitu tiga kali sehari. Insya Allah mampu mengeluarkan angin di dalam badan.

5. Mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar. 

  • Potong tebu hitam dalam panjang sedepa. Potong ikut kesesuaian atau panjang sejengkal dan belah kepada 4 supaya saiznya kecil tanpa dibuang kulit. Rebus tebu hitam tersebut dengan air sebanyak 2 liter ( 1 1/2 botol 1.5 liter) beserta gula batu sebesar ibu jari. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika suam-suam. Simpan air rebusan tersebut di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dahulu sebelum minum. Panaskan bila ingin minum. Minum sebanyak secawan sekali sehari.