Pokok Pandan

  • Nama saintifik pokok pandan adalah (Pandanus amaryllifolius)
  • Ia merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
  • Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

KHASIAT

MENGURANGKAN SAKIT

  • Pandan mengandungi sifat-sifat julap dan daunnya boleh melegakan kesakitan untuk:

-Pening kepala

-Sakit dada

-Kejang perut

MENYAHTOKSIK BADAN

Pengambilan daun pandan dalam pemakanan mampu menyahtoksik hati dan badan daripada toksin. Sifat julap daun pandan juga mampu menolong proses penyahtinjaan.

MELAWAN KESAN HIPERGLYSEMIA

Mengikut suatu kajian di Thailand yang diterbitkan dalam majalah Pharmacognosy pada tahun 2015, teh pandan atau ekstrak pandan boleh membantu merendahkan tahap gula dalam darah. Ianya terbukti bahawa kadar glukos plasma di dalam subjek manusia yang dikaji menurun semasa tempoh kajian.