Daun Rerama

  • Nama saintifik pokok rerama atau rama-rama ini adalah Mariposa Christia Vespertillonis.
  • Ianya popular dengan gelaran Butterfly Wing.
  • Habitat asal adalah di rantau Asia. Ianya berketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.
  • Daun pokok rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.

Pelbagai jenis dan warna daun pokok rerama :

  • Pokok rerama berdaun ungu
  • Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda  
  • Pokok rerama berdaun merah
  • Pokok rerama berdaun hijau belang ungu
  • Pokok bunga rerama hiasan

Khasiat Daun Pokok Rerama

  • Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi ‘active ingredient’ yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser.
  • Boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
  • Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.
  • Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.
  • Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.
  • Digunakan untuk perubatan adalah daun pokok rerama berdaun hijau sahaja.

Pokok Bunga Hiasan

  • Spesis pokok rerama bewarna ungu ini adalah spesis pokok bunga hiasan sahaja dan daun keringnya tidak punya nilai pun.
  • Spesis pokok bunga daun rerama ini juga tidak berbatang atau tumbuh meninggi seperti spesis pokok rerama perubatan.
  • Ianya lebih menjurus kepada spesis keladi dengan satu batang tiga daun.
  • Daunnya pula hanya berkembang di siang hari dan kuncup sepanjang malam.
  • Pokok bunga daun rerama ini sangat cantik dijadikan pokok bunga hiasan di dalam pasu di rumah.
  • Pokok bunga daun rerama tidak sukar dijaga.
  • Paling penting, ianya tidak boleh terkena sinaran matahari secara terus kerana tidak tahan panas tetapi tetap perlukan cahaya yang cukup.
  • Selain itu, pokok bunga daun rerama ini perlukan siraman yang kerap dan jangan gunakan baja yang kuat atau banyak kerana daunnya mudah melecur.