- Nama saintifik bagi pokok kiambang adalah Pistia stratoites.
- Ia adalah tumbuhan akuatik yang timbul di permukaan air.
- Pokok ini boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika. Ia tersebar dari industri seni laman akuatik. Bagi negara yang tiada haiwan kawalan biologi, pokok akuatik ini menjadi tumbuhan penakluk.
KHASIAT
Mungkin generasi sekarang tidak mengetahui daun kiambang boleh dimasak sebagai makanan. Pokok kiambang juga dijadikan makanan haiwan ternakan. Ia juga dijadikan baja organik kerana mempunyai kandungan kalium.yang tinggi.
Akar pokok kiambang direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air besar. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan boleh merawat bengkak, buasir, radang kulit dan ulser. Daun kiambang yang segar digaul bersama nasi panas dan santan kemudian dimakan sebagai penawar disenteri. Air rebusan daun kiambang diminum untuk meredakan batuk berdarah dan merwat diabetes. Air rebusan yang digunakan sebagai mandian dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah kembung perut. Daun kiambang dibakar dan gunakan abu untuk merawat penyakit kurap.
Seluruh bahagian pokok kiambang direbus dan diminum untuk mengubati disenteri dan sakit semasa buang air kecil. Ia juga boleh merangsang haid dan melawaskan pembuangan air kecil.
Recent Comments