Pokok Serai

POKOK SERAI

  • Nama saintfik bagi pokok serai adalah  Cymbopogon citratus.
  • Ia percayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

KHASIAT

UBAT GANGGUAN PENCERNAAN

  • Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit.
  • Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

DETOKSIFIKASI

  • Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil.
  • Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

MANFAAT PADA SISTEM SARAF

  • Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf.
  • Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.