Tentatif Program

Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan  Kesihatan Pekerjaan UTM (OSHE) dan Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor akan menganjurkan program FIESTA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MAYA UTM 2.0 (FPKKPM UTM 2.0) yang akan diadakan bermula 13 – 15 Julai 2021 bersempena Minggu Keselamatan Kesihatan Pekerjaan.

Terdapat pelbagai ceramah dan aktiviti yang disediakan selama tiga (3) hari berturut-turut. Jom ramai-ramai kita layari facebook https://www.facebook.com/osheactivities untuk mendapatkan info terkini berkaitan Fiesta Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Maya UTM 2.0. 

 

Jangan lupa like dan share. KUIZ DAN CABUTAN BERTUAH TURUT DISEDIAKAN DAN MENANTI PARA PEMENANG YANG BERTUAH…

Ingat

“KERJA SELAMAT, KITA SELAMAT”