Kemalangan melibat pelajar IPT

Keratan akhbar hari ini (22 Januari 2014)

Kemalangan melibat pelajar IPT di George Town yang sedang membuat kerja kursus (assignment).

Skylift crane tumbang – tidak ikut prosedur – jentera dikendalikan oleh orang yang tidak kompeten (pelajar) – crane operator yang kompeten hanya memberi arahan…dari bawah…lessons from accident…!!!

Mana-mana pelajar yang menjalani kerja-kerja lapangan hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan….!!! dan sentiasa diawasi oleh staf…

Keselamatan Di Rumah (Home Safety)

19 Januari 2014: Keselamatan Di Rumah (Home Safety)

Akhbar hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur tahun 6 parah dihempap TV 29 inci…di Taman Sri Pulai, Johor Bahru. Hampir genap setahun insiden seumpama ini berlaku lagi…(pada 23 Januari 2013 – berlaku di Alor Setar, kanak-kanak 2 tahun mengocang rak TV, lalu menghempapnya). Dimanakah kesilapannya…!!!…sepatutnya insiden ini boleh dielakkan sekiranya kita prihatin mengenai keselamatan di rumah. Perhatikan..!!!! dan cuba lihat di sekeliling rumah kita, di luar mahupun di dalam rumah kita….kenalpasti perkara yang boleh menyumbang kepada kemalangan yang boleh berlaku kepada anak-anak/keluarga kita. Kalau kita sedar bahawa keselamatan itu penting di tempat kerja…begitulah juga sama pentingnya untuk dilaksanakan di rumah kita bagi memastikan keluarga kita selamat dan sihat.

Berikut – contoh-contoh keratan akhbar berita yang berkaitan dengan kemalangan disebabkan dihempap TV, yang sempat dikumpulkan untuk kita sama-sama mengambilnya sebagai ikhtibar. Lessons from Accident…!!!

Sekadar untuk ingat mengingati…untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil…!!!!

Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja

Keratan akhbar hari ini (17 Januari 2014)

Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja.

What went wrong?

Fuming Nitric Acid di dalam bekas kaca tiba-tiba meletup dan berlaku tumpahan di tempat penyimpanan di kilang tersebut.

Persoalannya: Adakah tempat penyimpanan terlalu panas sehingga ‘built-up pressure’ berlaku di dalam bekas bahan kimia tersebut atau mungkin bahan yang diisi didalam bekas sehingga penuh (lepasi bottle shoulder line) tiada ruang bagi tekanan untuk mengembang….lalu meletup…!!!. Atau mungkin menyimpan fuming nitric acid tersebut berdekatan dengan bahan kimia yang tidak serasi dengannya (incompatible)….pencampuran mengakibatkan letupan…!!!

Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja

Keratan akhbar hari ini (16 Januari 2014)

Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja

5 pekerja kontraktor nyaris terbakar ketika kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di Tingkat 27, Wisma Tun Razak. Mengikut laporan – ketika memotong saluran penghawa dingin dengan menggunakan gas pemotong.

Persoalannya: Mungkinkah ada gas yang mudah terbakar didalam saluran penghawa dingin…???

Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja

Keratan akhbar hari ini (16 Januari 2014)

Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja

16 pekerja maut dalam satu kebakaran di kilang kasut. Kemalangan ini merupakan satu bencana disebabkan ramai yang maut.

Persoalannya: Adakah pihak pengurusan telah mengambil langkah-langkah awal untuk menghadapi situasi kecemasan/kebakaran
i. pintu/laluan keluar yang mencukupi dan tidak terhalang,
ii. peralatan melawan api (alat pemadam api) yang mencukupi dan alat penggera kecemasan & pengesan api/asap dipasang
ii. pekerja telah dilatih di dalam situasi kecemasan (latihan pengungsian bangunan)
iii. bahan yang digunakan dikendali dan disimpan dengan baik, pembuatan kasut lazimnya menggunakan bahan glue (bahan pelarut) bersifat mudah terbakar
iv. melaksanakan program HIRARC, untuk mengenalpasti isu-isu KKP yang berpotensi menyebabkan kemalangan di tempat kerja

10 tempat paling bertoksid di dunia

Keratan akhbar hari ini (14 Januari 2014)

Top 10 Most Polluted Places On The Planet (10 Tempat Paling Bertoksik Di Dunia)
Institut Blacksmith, sebuah pertubuhan alam sekitar menyenaraikan negara paling bertoksik di dunia.

Pengurusan bahan kimia berbahaya tidak diuruskan dengan sebaik mungkin. Bahan kimia berbahaya mempunyai 3 hazard: hazard keselamatan, hazard kesihatan dan hazard alam sekitar. Konsep “cradle to grave (dari buaian hingga liang lahad)” di dalam pengurusan bahan kimia berbahaya tidak dilaksanakan sehingga merosakkan alam sekitar.