Kren Skylift tumbang

Keratan Akhbar hari ini (26 Januari 2014 – NST/Sinar Harian)

Kren Skylift tumbang, dua orang juruteknik cedera dan seorang orang awam maut terlanggar boom kren tersebut yang melintang di tengah jalan.

…berilah perhatian yang munasabah ketika bekerja bukan sahaja bagi diri sendiri bahkan juga orang lain yang terjejas oleh tindakan kita…..!!!!

Tragedi bot karam

Keratan Akhbar hari ini (25 Januari 2014/BH):

Tragedi bot karam.

Lessons form accident.

Tidak lama dulu tragedi seumpama ini berlaku di Belaga disebabkan bot terlanggar balak hanyut, pada masa yang masa lebih muatan juga, selepas itu di Daro, karam akibat ombak dan terkemudian di Bintangor disebabkan lebih muatan..walaupun ia diluar skop OSHA 1994…tetapi ambillah tragedi ini sebagai ikhtibar dari aspek keselamatan diri dan orang lain..lihat dan fikir apa yang boleh menyumbang kepada kemalangan dan macam mana kita hendak mencegahnya supaya tidak berlaku…!!!

Keratan Akhbar hari ini (25 Januari 2014/BH):

Tragedi bot karam.

Lessons form accident.

Tidak lama dulu trgedi ini berlaku di Belaga disebabkan bot terlanggar balak hanyut, pada masa yang masa lebih muatan juga, selepas itu di Daro, karam akibat ombak dan terkemudian di Bintangor disebabkan lebih muatan..walaupun ia diluar skop OSHA 1994...tetapi ambillah tragedi ini sebagai ikhtibar dari aspek keselamatan diri dan orang lain..lihat dan fikir apa yang boleh menyumbang kepada kemalangan dan macam mana kita hendak mencegahnya supaya tidak berlaku...!!!

Penunggang motorsikal maut merempuh lori

Keratan Akhbar hari ini (25 januari 2014/Harian Metro):

Penunggang motorsikal maut merempuh lori yang ditahan JPJ di lorong kecemasan untuk aktiviti pemeriksaan.

Lessons from accident.

Kemungkinan pihak berkuasa berkaitan perlu mengadakan SOP ketika aktiviti sedemikan dijalankan..sekurang-kurannya ada staf yang ditugaskan sebagai “flagman” untuk mengawasi dan mengawal pengguna-pengguna jalanraya lain, sementara staf yang lain menjalankan aktiviti pemeriksaan.

Penggunaan Caramel (4-Methylimidazole)

Keratan Akhbar hari ini (25 Januari 2014/NST):

Penggunaan Caramel (4-Methylimidazole) sebagai pewarna/resipi di minuman ringan berkabonat/tak berkabonat – Coca-Cola/Pepsi dll…Sejauhmana ia boleh menyebabkan penyakit kanser…menjadi persoalan kepada FDA (American Food and Drug Administration). Juga kita tidak sedari bahawa di dalam kicap makan pun ada diletakkan caramel ini…supaya menjadi warna kehitaman….Cuma gunalah prinsip – “Dose makes the poison” untuk kita menghindari segala penyakit…yang paling baik jangan makan terlalu banyak, cukup sekadar…secukup rasa…!!!!