PERKHIDMATAN
Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus melaksanakan kontrak perkhidmatan yang merangkumi dua skop kerja major iaitu pembersihan dan pencucian bangunan dan pembersihan kawasan landskap secara berjadual melalui perkhidmatan kontraktor yang dilantik. Perkhidmatan ini bertujuan memastikan tahap kebersihan, kekemasan, dan keindahan persekitaran bangunan serta kawasan landskap sentiasa terpelihara mengikut piawaian kebersihan yang ditetapkan. Pihak kontraktor bertanggungjawab menyediakan tenaga kerja, peralatan, bahan pembersihan yang mencukupi, serta menyelenggara kerja-kerja tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Laporan pelaksanaan kerja turut disediakan secara berkala bagi tujuan pemantauan dan penambahbaikan berterusan.Pelaksanaan perkhidmatan ini menyokong usaha jabatan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan kondusif, di samping memelihara nilai estetika dan jangka hayat kemudahan yang diselenggara. Selain itu, Seksyen Kelestarian dan keindahan Kampus juga berkomitmen untuk melibatkan komuniti dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui program kesedaran dan pendidikan. Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat memastikan kampus kita bukan sahaja bersih tetapi juga menjadi contoh kepada institusi lain dalam usaha kelestarian dan keindahan.

TAHANG HOLDING
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DI UTM, KAMPUS JOHOR BAHRU (KAWASAN A1 & A2)
TARIKH MULA KONTRAK : 1 JULAI 2024
TARIKH TAMAT KONTRAK : 30 JUN 2026

MURNI PLUS SDN BHD
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DI UTM KAMPUS JOHOR BAHRU (KAWASAN K1 & K2)
TARIKH MULA KONTRAK : 1 JULAI 2024
TARIKH TAMAT KONTRAK : 30 JUN 2026