Jawatan Kuasa Pelestarian: Komited untuk masa depan lebih lestari
Jawatankuasa Kelestarian JTNCP komited untuk memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan kakitangan dengan menerapkan serta menggalak amalan mesra alam melalui operasi seharian. Dengan memupuk amalan lestari, kami berhasrat memperkasakan warga JTNCP untuk menyumbang ke arah masa depan bumi kita yang lebih baik.
Memperkukuh tadbir urus pelestarian jabatan selaras dengan agenda kelestarian universiti serta Matlamat Pembangunan mampan (SDG)
Menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif pelestarian dalam perancangan, pembangunan dan operasi Jabatan
Mengurangkan jejak karbon jabatan secara berpeingkat melalui pengurusan tenaga, air, sisa dan pengangkutan lestari
Meningkatkan kesedaran dan penglibatan warga jabatan terhadap amalan kelestarian melalui program, inisiatif dan kempen berterusan.
Mengintegrasi prinsip kelestarian dalam projek pembangunan fizikal, termasuk reka bentuk hijau, penggunaan bahan lestari dan pematuhan kepada piawaian keselamatan alam sekitar
Menggalakkan inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam amalan kerja ke arah kecekapan sumber dan mengurangkan pembaziran
Menyokong pematuhan kepada keperluan perundangan dan standard berkaitan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHE).
Menyediakan laporan prrstasi pelestarian Jabatan secara berkala bagi tujuan pemantauan, penilaian dan pelaporan kepada pihak universiti.
Mengukuhkan kolaborasi strategik antara Jabatan, fakulti dan pihak luar dalam pelaksanaan agenda pelestarian kampus
Menyumbang kepada pencapaian penarafan kelestarian universiti seperti UI Green Metric atau inisiatif seumpamanya.
Program Kelestarian

Perasmian EcoBloom JTNCP
Dapatkan pelbagai produk medium penanaman hasil tanaman hiasan oleh kakitangan Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus. Jualan ini terbuka untuk seluruh warga kampus dan komuniti sekitar.

Nature Walk Merdeka 2025
Program Nature Walk Merdeka telah diadakan pada 10 September 2025 sebagai salah satu aktiviti memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Forum Kelestarian
Diskusi panel dengan pakar-pakar industri mengenai cabaran dan peluang dalam kelestarian alam sekitar.
5 Disember 2023
PERCUMA
Hubungi Kami
Address
Pejabat Operasi, Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, 81310 Johor, Malaysia
Phone
(607) 553-1234
