Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan khas pada ogos 2020 yang lalu kepada pelajar UTM (B40) yang bermasalah dan kurang berkemampuan dalam tempoh pasca Covid19 iaitu pinjaman tablet @ komputer riba sebanyak 25 unit dan bantuan khas kewangan kepada 100 orang pelajar UTM. Pinjaman komputer dibuka semula dan ditawarkan Terhad 15 pelajar sahaja.
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR B40 (sila klik) : Tarikh Tutup Permohonan: 28 Oktober 2020 jam 12.00 Tengahari
Syarat-Syarat Permohonan:
Terbuka kepada pelajar UTM sepenuh masa tempatan termasuk prasiswazah dan pascasiswazah yang aktif pada semester I sesi akademik 2020/2021 yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berasal dari keluarga kurang berkemampuan (B40) dan terbukti keluarga menghadapi masalah kewangan.
- Tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak (biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan untuk tujuan akademik).
- Tidak memiliki komputer riba pinjaman tablet @ komputer riba.
- Tempoh pinjaman adalah sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dalam talian yang disarankan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
- Pelajar yang layak dan terpilih oleh Jawatankuasa akan dihubungi oleh pihak Urusetia UTM.
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR B40
Google Form (Sila Klik) https://forms.gle/BLi1326fq6P6vEWJ8 / Borang Permohonan Bantuan COVID-19 Pelajar UTM 2020
Tarikh Tutup Permohonan: 28 Oktober 2020 jam 12.00 Tengahari
Hubungi:
Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Aras 1, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor
Puan Nor Sita binti Zakirai @ Zakaria / Penolong Pendaftar Kanan
Email : sita@utm.my
No. Telefon : 07-5530185 / 07-5530683
No. Faks : 07-5579385
Laman Web Pejabat HEP : http://www.utm.my/studentaffairs
Laman Web Unit Endowmen UTM : https://endowmen.utm.my