Program “Taja Buku@Penerbit” merupakan inisiatif yang diwujudkan untuk membantu masyarakat memiliki bahan bacaan, terutamanya bagi golongan pelajar dan penduduk setempat yang kurang berkemampuan. Dengan mengambil kira kos sara hidup yang tinggi ditambah dengan rencatan ekonomi akibat COVID-19, ramai yang tidak lagi mampu membeli bahan bacaan waima senaskhah buku.

Justeru, Penerbit UTM Press mengalu-alukan bantuan daripada anda untuk membolehkan mereka memiliki bahan bacaan yang bermutu terutamanya bagi golonganpelajar yang memerlukan buku rujukan dan buku teks dalam proses pembelajaran seharian di kampus.

“Taja Buku@Penerbit” programme is an initiative created to help the community, especially under privileged students and local community members, to own reading materials. Taking into account the rising cost of living coupled with the economic difficulties due to COVID-19, many are no longer able to afford reading materials, not even to buy a book.

Therefore, Penerbit UTM Press invites you to help those who are in need of quality books, especially our students, who require references and textbooks for their study.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke No. Akaun Ambank Islamic Berhad: 8881 0209 83100 Bayaran atas nama (payable to):  Universiti Teknologi Malaysia Rujukan: . “Taja Buku@Penerbit”

Sila emelkan slip bank sumbangan berserta nama dan alamat ke emel endowmen@utm.my / whatsApp 019-7270157 (Haji Baharudin)

#TajaBukuDemiBangsaBerilmu#