MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA TABUNG KHAS COVID-19 UTM
PADA 10 OGOS 2020, JAM 8.00 PAGI DI UTM JOHOR BAHRU, JOHOR

Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Universiti telah melancarkan Tabung Khas COVID-19 UTM yang bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu pelajar yang terpaksa menjalani PKP di kolej kediaman UTM, serta keperluan PPE kepada petugas barisan hadapan (frontliner) di UTM Johor Bahru dan UTK Kuala Lumpur, seperti penyediaan makanan, topeng muka, hand sanitizer, sarung tangan dan UTMShield.

Pihak Universiti Teknologi Malaysia telah menerima sumbangan daripada pihak dalam dan luar untuk disalurkan ke Tabung Khas COVID-19 mulai 20 Mac 2020 hingga Julai 2020 berjumlah RM297,064.00.

Sumbangan disalurkan kepada pelajar UTM adalah bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya kepada mereka yang terpaksa meneruskan pengajian semester ini secara atas talian dari rumah masing-masing dengan tiada fasiliti dan kemudahan ataupun fasiliti dan kemudahan yang sangat terhad.

Jenis bantuan diberikan kepada pelajar yang bermasalah dan kurang berkemampuan iaitu:
i. Bantuan sara diri one-off kepada 100 orang pelajar sebanyak RM200.00 seorang yang telah disalurkan ke akuan simpanan bank pelajar berjumlah RM20,000.00
ii. Pinjaman komputer riba @ notebook kepada 40 orang pelajar UTM berjumlah RM115.000.00

Mahasiswa diberi pinjaman satu unit komputer riba Tabung Khas COVID-19 UTM bagi memudahkan mahasiswa B40 UTM bagi mengikuti pembelajaran secara atas talian sepanjang pandemik COVID-19 dan akan dikembalikan semula kepada pihak Universiti.

Wakil Penerima:
1. Saudara Loghen A/L Tamilselvan
2. Saudara Mohd Ridzuan Abdul Salam
3. Saudari Nurliyana Khalisah Abdul Ghaffar
4. Saudari Najwa Alia M. Azman
5. Saudari Nur Aishah Amila Hairul Nizam
6. Saudari Amela A/P Ravi

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih YBhg Datuk Naib Canselor, Naib-Naib Canselor serta Pengerusi Bahagian Pemajuan dan Pengarah Endowmen yang sudi menyampaikan notebook kepada enam (6) orang pelajar UTM.