Tabung Endowmen UTM yang ditubuhkan pada 2009 telah berjaya mengumpul dana berjumlah lebih RM103 juta, dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM4.2 juta adalah sumbangan para Alumni UTM. Bermula 2011, jumlah penerima Biasiswa Endowmen UTM adalah 665 orang dengan jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM20 juta. Sebanyak 328 penerima Biasisiwa Endowmen UTM telah berjaya menamatkan pengajian.
Pada sesi akademik 2019/2020 ini, sebanyak 49 penerima Biasiswa Endowmen UTM iaitu:
- 30 orang pelajar menerima Biasiswa Endowmen Azman Hashim;
- 7 orang penerima Biasiswa Endowmen Merdeka;
- 5 orang penerima Biasiswa Endowmen UTMAlumni;
- 3 orang penerima Biasiswa Endowmen Al-Bukhary (Sumbangan Johor Port Berhad);
- 2 orang penerima Biasiswa Endowmen Daing Abd Rahman Daing Mohamad;
- 2 orang penerima Biasiswa Hitam Abdullah (Sumbangan Dato’ Daing Abd Malek Daing Abd Rahman); dan
- 5 orang penerima Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia
Biasiswa Endowmen UTM ditawarkan kepada pelajar Cemerlang dan Bottom 40 dengan nilai biasiswa antara RM12 ribu hingga RM9 ribu setahun.
Hasil hibah pelaburan dari sumbangan dana ke Tabung Endowmen UTM dimanfaatkan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar bottom 40, bantuan khas secara one off, pemberian mapercuma dan penyediaan makanan di “Almari Kasih Sayang” yang boleh diambil oleh pelajar dan staf yang memerlukan secara percuma.