KUALA LUMPUR, 2 Disember 2019 – YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia, hadir merasmikan Majlis Pelancaran dan Pembukaan Bidaan Nombor Pendaftaran Khas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Residensi UTM di sini hari ini.

UTM merupakan antara universiti awam yang terawal mendapat kelulusan berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 yang bersetuju dan mencadangkan agar Universiti Awam Malaysia menjana pendapatan mereka melalui penjualan nombor pendaftaran khas dengan nama ringkas Universiti Awam Malaysia.

Bermula hari ini, UTM telah membuka bidaan nombor pendaftaran khas ‘UTM’ melalui sistem UTMeBid yang dibangunkan pihak UTM sendiri kepada umum.

UNTUK DAFTAR BIDA DAN MEMBIDA: https://bida.utm.my/