JUALAN AMAL ENDOWMEN

Model Kapal Terbang UTM-AirAsia

Universiti Teknologi Malaysia telah melancarkan UTM-AirAsia Livery pada 15 Julai 2019, di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor.   Sejak  majlis pelancaran, pelbagai pihak begitu teruja untuk memiliki model kapal terbang UTM-AirAsia Airbus A320 yang cantik dan menarik.  Bagi memenuhi harapan pelbagai pihak, UTM dan AirAsia telah bersetuju untuk mencetak dan menjual model kapal terbang tersebut sebagai jualan amal.  Hasil jualan amal ini akan digunakan untuk membantu pelajar UTM yang menghadapi masalah kewangan dan amat memerlukan bantuan.

Harga: RM120.00 Seunit

UTM amat mengalu-alukan individu, staf, pelajar, alumni dan pesara UTM yang berminat membeli model kapal terbang ini sambil bersedekah jariah untuk membantu pelajar  yang kurang berkemampuan.

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi: Unit Endowmen, Universiti Teknologi Malaysia di talian 07-5530283, 07-5531042, 07-5531043, emel:  endowmen@utm.my

Muat turun Borang Tempahan Clik Model UTM AirAsia