PERTANYAAN MENGENAI PEMBIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN KHAS UTM

Assalam/Selamat Sejahtera Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan DiRaja @ UTM Royal Gala Dinner pada 6 Oktober 2019 di Marriot Hotel, Putrajaya. Menjunjung Kasih Tuanku Permaisuri.

DYMM Tuanku Permaisuri turut berkenan melancarkan ‘UTM Alumni Privilege Card’ dan pra-jualan nombor pendaftaran kenderaan Khas “UTM” siri ‘UTM1’ hingga ‘UTM9999’. Nombor untuk kenamaan UTM tidak dibuka untuk bidaan.

Bagaimana pun,  penjualan nombor  pendaftaran khas ‘UTM’ akan mula dijual melalui bidaan setelah diwartakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Khas UTM yang  mula dibuka untuk bidaan kepada umum pada 2 Disember 2019 jam 00:01 pagi sehingga 16 Disember 2019 jam 11:59 malam.   Laman Web: https://bida.utm.my 

Sekian, dimaklumkan.

Unit Endowmen

Bahagian Pemajuan

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

UTM Johor Bahru
07-5531042/43