UNIT ENDOWMEN UTM menyampaikan Bantuan Hari Raya 1440 Hijrah kepada 100 orang pelajar Bottom 40 UTM.  Majlis penyampaian akan disempunakan oleh YAB Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Johor pada 21 Mei 2019, Jam 2.00 petang bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.   Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar Naib Canselor UTM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, pegawai-pegawai kanan UTM, Prof. Dr. Mohd Zaki bin Kamsah Pengerusi Bahagian Pemajuan, Prof. Madya Dr. Yusof bin Boon Pengarah Endowmen, dan tetamu undangan. 

Endowmen UTM mengucapakan terima kasih kepada semua penyumbang ke Tabung Endowmen UTM.  Kami amat mengalu-alukan sumbangan untuk membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui Akauan Bank UTM – Ambank Islamic No Akaun 8881 0209 83100UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

        

YAB Menteri Besar Johor memberikan amanat kepada warga UTM