UTM Kuala Lumpur, 17 Disember 2018 – Endowment UTM menganjurkan Syarahan Umum yang disampaiakn oleh mantan Naib Canselor UTM YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang bertajuk Eco-Shift Holistic Transformation Towards Environmental Sustainability, pada 17 Disember 2018, bermula 10.00 pagi – 12.00 tengahari bertempat di Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.  Program syarahan ini dihadiri lebih 200 orang peserta. Antara tetamu yang hadir adalah YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Pof. Madya Dr Yusof Boon, Pengarah Endowmen UTM, Encik Mohd Sharil Abdullah selaku wakil Pro Naib Canselor UTMKL, YBhg Tuan Abdul Hadi Ali (Ketua Pegawai Eksekutif), Pengurusan Aset Air Berhad, YBhg Datuk Seri Ir. Azman bin Mohd (Ketua Pegawai Eksekutif), Tenaga Nasional Berhad, Encik Noor Ehsan Abdul Rahim (Manager Finance), Aliran Ihsan Resources Berhad, Dr. Sofian bin Ibrahim, Pengarah, Pejabat Pendaftar dan Korporat UTMSPACE.

Bersempena majlis tersebut majlis penyerahan replika cek masing-masing bernilai RM12,000 dan RM2,400 bagi pembelian buku Eco-Shift sebanyak 100 naskhah dan pembelian 20 nashkah.

1. Gerbang Perdana Sdn Bhd – 100 Naskhah
2. Pengurusan Aset Air Berhad -– 100 Naskhah
3. Tenaga Nasional Berhad – 100 Naskhah
4. MMC Corporation Berhad – 100 Naskhah
5. Aliran Ihsan Resources Berhad – 100 Naskhah
6. UTMSPACE – 20 Naskhah