UTM Johor Bahru, 16 September 2018 – Endowmen Unit, UTM telah berjaya menganjurkan Pertandingan Memancing Endowmen 2018 pada hari Ahad, 16 September 2018 bertempat di Tasik Ilmu, UTM Johor Bahru mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengumpulkan Dana Endowmen UTM. Dianggarkan lebih 400 orang peserta menyertai pertandingan ini. Bagi pihak Urusetia, kami mengucapkan terima kasih atas penyertaan semua pihak untuk bersama-sama “memancing sambil menyumbang derma” bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan.kewangan semasa pengajian di UTM.
Pemenang hadiah pertandingan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM dan wakil Ambank Berhad.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja hadiah pertandingan iaitu Ambank Berhad, Al-Rajhi Bank, Yan Iza Management & Services, syarikat dan individu. Penghargaan juga ditujukan kepada urusetia, petugas, Sahabat Endowmen dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM serta semua pihak yang menjayakan program ini.