DIBUKA KEPADA PELAJAR YANG LAYAK

BIASISWA ENDOWMEN UTM

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dipautan : http://biasiswaendowmen.utm.my
  2. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, no. kad pengenalan, alamat e-mel dan kata laluan.
  3. Sila pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel peribadi pemohon yang SAH dan MASIH AKTIF.
  4. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
  5. Sila pastikan permohonan yang telah lengkap dihantar dengan menekan butang HANTAR.
  6. Pemohon masih dibenarkan untuk mengemaskini permohonan selagi tempoh permohonan belum ditutup. Pemohon tidak perlu lagi menekan butang HANTAR buat kali kedua.
  7. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel/telefon.
  8. Pemohon yang tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.