UTM Johor Bahru, 10 Ogos 2018 – YBhg. Tan Sri Azman Hashim telah menyempurnakan merasmikan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Blok T08 UTM Johor Bahru yang dihadiri oleh Ybhg. Datuk Prof. Ir. Dr. Wahid Omar serta Pengurusan Tertinggi UTM, Ambank Berhad, AmCorp dan staf Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim. Perasmian ini adalah bersempena penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti/sekolah di UTM berkuatkuasa 1 Julai 2018. Penstrukturan semula Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Fakulti Pengurusan, dan Jabatan Sistem Maklumat Fakulti Komputeran sebagai Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (Azman Hashim International Business SchooI (AHIBS)).
Foto Perasmian