Pertandingan Memancing Endowmen UTM – 16 September 2018

Muat Turun Borang Penyertaan (Download) 

Nama Bank: Ambank Islamic Berhad
No Akaun Bank: 8881020983100
Bayar atas nama: ENDOWMEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Slip email: brbaha@utm.my

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua warga UTM dan masyarakat luar.
  2. Kategori Pertandingan : Ikan Terberat 1 hingga 40,
  3. Hanya SATU JORAN untuk seorang peserta.
  4. Pemenang Kategori ikan terberat adalah SAPU BERSIH UNTUK PEMENANG (PEMENANG DITENTUKAN MENGIKUT NO JORAN)
  5. Masa pertandingan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (4 jam). Tiada masa tambahan kecuali tangkapan telah didaratkan sewaktu siren penamat dibunyikan. Tangkapan perlu dibawa ke Urusetia untuk diadili.
  6. TasikIlmu UTM akan dibuka untuk pertandingan. Peserta bebas memancing di lokasi dalam kawasan yang dipertandingkan.
  7. Hanya penggunaan SATU MATA SAHAJA DIBENARKAN dan sistem tangkapan ‘Bull Eyes’ dari dalam keluar dan bukan dari luar ke dalam.
  8. PESERTA ADALAH DILARANG MENYENTUH DAN MENAIKKAN IKAN DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN. Sila gunakan tangguk. Peserta lain dibenarkan membantu menaikkan tangkapan sekiranya perlu dengan syarat anda adalah sama-sama peserta.
  9. Sekiranya anda perlu keluar dari kawasan pertandingan semasa pertandingan sedang berlangsung, sila pastikan TAG PESERTA ditinggalkan kepada peserta yang diamanahkan untuk menjaga joran anda untuk seketika.
  10. Teknik pelampung, penggunaan masmelo, ‘drift fish’, teknik rembat dan mata tiga adalah TIDAK DIBENARKAN.
  11. Peserta hendaklah member laluan kepada Marshall kolam untuk mengesahkan tangkapan anda.
  12. Penggunaan TAG PESERTA dan STICKER JORAN adalah wajib dipakai sepanjang tempoh pertandingan kerana sekiranya peserta gagal mempamerkan kedua-duanya dan anda menaikkan tangkapan, Marshall kolam akan membatalkan tangkapan anda.
  13. Segala bantahan yang ingin dikemukakan oleh peserta kepada penganjur hendaklah dibuat dalam masa pertandingan beserta wang taruhan RM 200.00. Bantahan yang dibuat selepas tamat pertandingan tidak akan dilayan. Keputusan pihak penganjur adalah
  14. Penggunaan umpan adalah BEBAS tetapi umpan tiruan, anak ikan keli, umpan berangkai  dan berbau adalah TIDAK DIBENARKAN.
  15. Para peserta dan pengunjung hendaklah memastikan semua jenis sampah dan tidak dibenarkan meninggalkan sisa umpan di kawasan pertandingan.
  16. KESELAMATAN PESERTA ADALAH TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI.
  17. Semua tangkapan hendaklah dihantar ke meja Urusetia untuk diadili.
  18. Sekiranya tangkapan di naikkan ke darat (catatan masa akan menentukan pemenang tersebut)
  19. SEMUA SPESIS IKAN YANG DIDARATKAN ADALAH HAK MILIK PENGANJUR KECUALI SPESIS KELI & TALAPIA
  20. Pihak Penganjur adalah berhak untuk meminda/ menambah syarat-syarat pertandingan sekiranya perlu