Director’s Message
Assalamualaikum warahmahtullahiwabarakaatuh,
Salam Sejahtera, Salam UTM Sanjungan Bangsa, Salam Malaysia Madani.
Terlebih dahulu Endowmen UTM mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pelajar baharu UTM bagi Semester I Sesi 2023/2024. Syabas dan Tahniah! kerana memilih UTM sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian anda.
Saya mewakili Endowmen UTM ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya staf, pelajar dan alumni UTM yang telah bermurah hati untuk menderma ke tabung Endowmen sama da secara tunai ataupun melalui potongan gaji. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada individu dan syarikat di luar UTM yang telah menderma ke Tabung Endowmen UTM. Secara umumnya, semua bentuk sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membantu pelajar UTM sama ada dalam bentuk biasiswa atau bantuan untuk membeli keperluan harian.
Endowmen UTM terus komited untuk menambah jumlah dana sedia ada bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, terutama dengan mengambilkira lebih kurang 50 peratus pelajar UTM adalah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan (B40). Berdasarkan dana yang berjaya dikumpulkan sehingga Disember 2023, Endowmen telah memberikan biasiswa kepada 771 pelajar kepada pelbagai program pengajian, fakulti, sekolah dan kaum serta memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan, serta sumbagan kewangan bagi menjayakan “Almari Kasih Sayang”.
UTM telah menerima sumbangan lebih RM 7.0 juta daripada para alumni UTM daripada jumlah terkumpul keseluruhan Endowmen berjumlah lebih RM146 juta. Melalui Endowmen UTM, sebanyak RM27.2 juta juta telah dimanfaatkan kepada 771 orang siswa/siswi dalam bentuk pemberian biasiswa sejak 2011. Pembiayaan Biasiswa Endowmen UTM bergantung kepada jumlah hibah pelaburan yang diperolehi pada setiap tahun. Lebih banyak sumbangan yang diterima ke Tabung Endowmen UTM makan lebih banyak pelajar UTM akan menerima menfaat. Sehingga kini, sebanyak 351 penerima biasisiwa Endowmen UTM telah berjaya menamatkan pengajian. Pembiayaan Biasiswa Endowmen UTM iaitu Biasiswa Merdeka UTM (RM20,096,850), Biasiswa Endowmen Azman Hashim UTM (RM1,908,000), Biasiswa Endowmen Al-Bukhary (RM594,183,000), Biasiswa Endowmen UTMAlumni (RM366,000), Biasiswa Endowmen Daing Abdul Rahman Daing Mohamad (RM72,000), dan Biasiswa Endowmen Hitam Abdullah (RM72,000), Biasiswa Endowmen Saripah Ahmad (RM18,000), Biasiswa Endowmen Zainab Baba (RM18,000).
Pada sesi 2023/2024 sebanyak 86 Biasiswa Endowmen UTM ditawarkan kepada pelajar Cemerlang dan Bottom 40 serta Kecemeragan Sukan dengan nilai biasiswa antara RM12 ribu hingga RM9 ribu setahun. Endowmen UTM menyalurkan bantuan kepada lebih 600 orang pelajar B40 dalam bentuk sumbangan bantuan kewangan sambutan perayaan utama negara antaranya Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Perayaan hari Deepavali, Perayaan Krismas, dan sumbangan suspended meal, bantuan one-off, dan lain-lain. Sehingga kini lebih 350 orang penerima Biasiswa Endowmen UTM telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergraduan. Tahniah! Diucapkan. Diharapkan penerima Biasiswa endowmen dapat menyumbang kepada Tabung Endowmen Merdeka UTM bagi membantu pelajar yang amat memerlukan bantuan kewangan.
Adalah diharapkan budaya menyumbang menjadi semakin menyubur dengan lebih banyak pihak menyumbang ke Tabung Kewangan. Semoga sumbangan para penderma sentiasa diberkati Allah SWT dan memperolehi ganjaran daripadaNya.
“MALAYSIA MADANI”
“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”
Saya yang menjalankan amanah,
PROF. MADYA TS. GS. DR. ROBIAH BINTI HJ SURATMAN
Pengarah Endowmen
robiah@utm.my
Assalamualaikum warahmahtullahiwabarakaatuh,
Salam Sejahtera, Salam UTM Sanjungan Bangsa, Salam Malaysia Madani.
First and foremost, Endowmen UTM warmly welcomes all new UTM students for Semester I, Session 2023/2024. Congratulations! For choosing UTM as the place to further your studies.
On behalf of Endowmen UTM, I would like to extend my deepest gratitude to everyone, especially UTM staff, students, and alumni, who have generously donated to Endowmen UTM, whether through cash contributions or salary deductions. Our appreciation also goes to individuals and companies outside of UTM who have donated to the Endowmen UTM. Generally, all contributions received are utilised to assist UTM students, either through scholarships or daily essentials support.
Endowmen UTM remains committed to increasing the existing funds to assist students in need of financial aid, particularly considering that approximately 50% of UTM students come from low-income families (B40). Based on the funds collected until December 2023, the Endowment has provided scholarships to 771 students across various study programmes, faculties, schools, and ethnicities, as well as financial assistance to students facing financial difficulties. Additionally, financial support has been extended to initiatives like the “Almari Kasih Sayang” (Kindness Closet).
UTM has received over RM7.0 million in donations from UTM alumni, contributing to the cumulative total of more than RM146 million in Endowment funds. Through Endowmen UTM, RM27.2 million has been disbursed to 771 students in the form of scholarships since 2011. The funding for Endowmen UTM Scholarships depends on the annual investment returns. The more contributions received by the UTM Endowment Fund, the more UTM students can benefit. To date, 351 Endowmen UTM Scholarship recipients have successfully graduated.
The scholarships funded through UTM Endowment include:
- Merdeka UTM Scholarship: RM20,096,850
- Azman Hashim UTM Endowment Scholarship: RM1,908,000
- Al-Bukhary Endowment Scholarship: RM594,183,000
- UTM Alumni Endowment Scholarship: RM366,000
- Daing Abdul Rahman Daing Mohamad Endowment Scholarship: RM72,000
- Hitam Abdullah Endowment Scholarship: RM72,000
- Saripah Ahmad Endowment Scholarship: RM18,000
- Zainab Baba Endowment Scholarship: RM18,000
For the 2023/2024 session, 86 Endowmen UTM Scholarships were offered to outstanding students, B40 category students, and those excelling in sports, with scholarship values ranging from RM12,000 to RM9,000 annually. Endowmen UTM also channelled financial assistance to over 600 B40 students in the form of festive contributions for major national celebrations, including Hari Raya, Chinese New Year, Deepavali, Christmas, as well as suspended meals, one-off assistance, and others.
To date, more than 350 Endowmen UTM Scholarship recipients have successfully graduated with distinction. Congratulations! It is hoped that these recipients will contribute back to the UTM Merdeka Endowment Fund to assist students in dire need of financial help.
It is our hope that the culture of giving continues to flourish, with more individuals and organisations contributing to the Endowment Fund. May the contributions from our donors be blessed by Allah SWT and bring them abundant rewards.
“MALAYSIA MADANI”
“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”
Saya yang menjalankan amanah,
PROF. MADYA TS. GS. DR. ROBIAH BINTI HJ SURATMAN
Pengarah Endowmen
robiah@utm.my