Mengambil semangat berkorban Eidul Adha, saya (Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, KSU KASA) mengajak rakan FB untuk membeli sambil menyumbang kepada Tabung Endowmen UTM.
Tabung Endowmen UTM dimulakan sejak 2010 untuk menyediakan dana biasiswa kepada pelajar, dana penyelidikan dan dana khas untuk pengembangan ilmu yang sudah berjumlah lebih RM118 juta (2020).
Dengan pembelian buku-buku tulisan Zaini Ujang, semua keuntungan (termasuk honorarium penulis) akan disalurkan kepada Tabung Endowmen UTM.
Potongan istimewa 10% diberikan dari harga asal. Kos penghantaran percuma.
Sila hubungi Unit Endowmen UTM tempahan.
+60 12-772 1037 (PM Dr Yusof), +6019-5031043 (Encik Ammin), +6019-7270158 (Hj Baharudin)

Semoga sumbangan anda, mengambil semangat berkorban dalam bulan Zulhijjah ini untuk membantu pelajar menyambung pengajian dan mendana aktiviti keilmuan, akan menjadi amal jariah, InsyaAllah!
Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang
NOTA: YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen UTM