Program Kembara Korban 2021, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) – UTM merupakan aktiviti awal kerjasama Endowmen UTM dengan YBIM. Pelbagai aktiviti penjanaan dan bantuan kepada pelajar UTM dan masyarakat akan dilaksanakan pada masa hadapan. Dalam pelaksanaan Program Kembara Korban 2021, YBIM akan melaksanakan ibadah korban dengan anggaran 30,000 pek daging korban akan diagihkan kepada asnaf. YBIM telah bersetuju 2,000 pek daging korban akan diberikan kepada UTM (1,000 pek UTMJB dan 1,000 pek UTMKL) untuk diagihkan kepada asnaf staf dan pelajar UTM, serta masyarakat di sekitar UTMJB dan UTMKL, di mana UTMJB akan diuruskan oleh Unit Endowmen dan UTMKL diuruskan oleh Pejabat TNCPI UTMKL. Program pengagihan daging korban akan diadakan pada 28 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.