UTM DIGITAL CARE


Program Serahan Pinjaman Komputer Riba (laptop/notebook) Pelajar B40 UTM


Pihak UTM melalui Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Unit Endowmen telah menyantuni pelajar yang terpilih bagi permohonan pinjaman komputer riba “Bantuan Khas COVID19 UTM” kepada 40 orang pelajar B40 yang dari pelbagai fakulti di UTM.


Sumbangan pinjaman notebook bernilai RM115,000 adalah hasil sumbangan orang ramai semasa pandemik COVID19 pada awal pada bulan April – Jun 2020.


Sumbangan ini bertujuan membantu pelajar B40 untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (e.g. webex, googlen meet) di kediaman masing-masing memandangkan isu pandemik sekarang yang masih belum reda.


Program penghantaran ini disebabkan pelajar tidak dapat mengambil bantuan notebook di kampus induk Johor Bahru kerana isu perjalanan dan pandemik COVID19. Sebahagian notebook telah diambil sendiri oleh pelajar.


Penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang dan Urusetia, Unit Endowmen, Bahagian Pemajuan Jabatan TNC (Pembangunan), Jabatan TNC (Hal Enwal Pelajar), dan seluruh warga UTM.


Foto: Pengarah Endowmen, Prof. Madya Dr. Yusof Boon menyampaikan komputer riba di kediaman pelajar di sekitar Tangkak, Senggarang / Batu Pahat, dan Kulai Negeri Johor.