Jenis Bantuan

Pihak Universiti Teknologi Malaysia akan memberikan bantuan khas kepada pelajar UTM (B40) yang bermasalah dan kurang berkemampuan dalam tempoh pasca Covid19 seperti berikut 

  • Pinjaman tablet @ komputer riba – Terhad 40 Pelajar
  • Bantuan sara diri (one-off) RM200 – Terhad 100 pelajar

 

Syarat-Syarat Permohonan

Terbuka kepada pelajar UTM sepenuh masa tempatan termasuk prasiswazah dan pascasiswazah yang aktif pada semester II sesi akademik 2019/2020 yang memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berasal dari keluarga kurang berkemampuan (B40) dan terbukti keluarga menghadapi masalah kewangan.
  • Tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak (biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan untuk tujuan akademik).
  • Tidak memiliki komputer riba pinjaman tablet @ komputer riba.
  • Tempoh pinjaman adalah sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dalam talian yang disarankan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Borang Permohonan 

Google Form (Sila Klik)
Borang Permohonan Bantuan COVID-19 Pelajar UTM 2020 

 

Tarikh Tutup Permohonan:  25 Mei 2020 jam 12.00 Tengahari

 

(Permohonan adalah dihad kepada satu sahaja sama ada  pinjaman komputer riba atau bantuan kewangan RM200 per pelajar)
Hubungi:
Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Aras 1, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor
Puan Nor Sita binti Zakirai @ Zakaria / Penolong Pendaftar Kanan
Email : sita@utm.my
No. Telefon : 07-5530185 / 07-5530683
No. Faks : 07-5579385
Laman Web Pejabat HEP : http://www.utm.my/studentaffairs 
Laman Web Unit Endowmen UTM : https://endowmen.utm.my