Salam Sejahtera, Salam UTM Sanjungan Bangsa,
YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/YBrs. Prof./Ir./Sr./Ar./Ts./Dr./Saudara,
KEMPEN SUMBANGAN STAF DALAM TABUNG ENDOWMEN UTM MELALUI POTONGAN GAJI
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa UTM mensasarkan 1,000 orang staf menyumbang ke Tabung Endowmen pada tahun 2020 melalui potongan gaji dengan sumbangan minimum RM10.00 sebulan. Sumbangan akan digunakan untuk membantu pelajar UTM yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan kewangan.
Staf UTM yang berminat dimohon untuk melengkapkan maklumat seperti dalam borang bentuk google form dan emelkan kepada endowmen@utm.my.
Sumbangan daripada individu dan pihak luar UTM boleh disalurkan secara EFT melalui Ambank Islamic Berhad No. Akaun 8881 0209 83100 atas nama “Universiti Teknologi Malaysia “. Sila emelkan slip bank dan nama/no telefon penyumbang kepada endowmen@utm.my untuk pengeluaran resit rasmi UTM.
Keperihatinan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/YBrs. Prof./Ir./Sr./Ar./Ts./Dr./saudara mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Unit Endowmen
Bahagian Pemajuan
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Universiti Teknologi Malaysia
Emel: endowmen@utm.my
Tel: 07-5531042/43 HP: 019-7270158 (Baharudin)