PROMOSI ini bertujuan untuk mengumpulkan dana Tabung Khas COVID-19 UTM bagi membantu pelajar UTM yang kurang berkemampuan dan amat terkesan dengan penularan wabak COVID-19, serta melengkapkan keperluan pengurusan pencegahan wabak COVID-19 di UTM selama dua (2) bulan bermula 15 Mei hingga 15 Jun 2020.
Promosi Hebat Nombor Pendaftaran Khas “UTM” menawarkan potongan Harga 20 peratus kepada staf, pelajar, alumni dan pesara UTM manakala sebanyak 30 peratus ditawarkan kepada individu, syarikat dan orang awam.
Semua hasil jualan daripada promosi ini akan dimasukkan ke Tabung Khas COVID-19 UTM.