PEMAKLUMAN PEMBIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN KHAS ’UTM’ SIRI 3
TARIKH MULA: 26/02/2020 JAM 00:01 PAGI TARIKH TUTUP: 02/03/2020 JAM 11:59 MALAM
Dimaklumkan bahawa proses bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas ’UTM’ Siri 3 secara atas talian melalui laman sesawang https://bida.utm.my akan dibuka mulai 26 Februari 2020 00:01 Pagi dan tamat pada 02 Mac 2020 11:59 Malam.
SENARAI NOMBOR PENDAFTARAN KHAS UTM TELAH TERJUAL
Staf, alumni, pelajar dan juga masyarakat luar agar dapat mengambil peluang untuk membida nombor kenderaan khas “UTM” dan unik sambil menyumbang ke Tabung Endowmen UTM bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki nombor khas “UTM”
Keputusan bidaan akan dimaklumkan menerusi emel yang didaftarkan dalam sistem bidaan UTMeBid dalam tempoh tiga (3) hari selepas tamat tempoh bidaan.. Surat keputusan berjaya boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://bida.utm.my. Sila log-in dan semak bidaan semasa.
Bagi Pihak Pengurusan UTM, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian semua pembida yang akan membuat pembidaan nombor pendaftaran kenderaan Khas ‘UTM’.
Syabas dan Tahniah kepada yang berjaya membida nombor unik ini.
Sekian, terima kasih.
UNIT ENDOWMEN, BAHAGIAN PEMAJUAN
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UTM JOHOR BAHRU.
TEL: 07-5531042/43 HP: 012-772 1037 (Prof Madya Dr Yusof) / 019-727 0158 (Baharudin) EMEL: endowmen@utm.my