Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, bersama barisan pegawai meraikan nombor pendaftaran rasmi kenderaan rasmi Naib Canselor, UTM 7.
Staf, alumni, pelajar dan juga masyarakat luar agar dapat mengambil peluang untuk membida nombor kenderaan khas “UTM” dan unik sambil menyumbang ke Tabung Endowmen UTM bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan.
Sesi 1 pembidaan telah pun selesai pada 16 Disember 2019 yang lalu, lebih 260 pembida yang telah berjaya. Bagi pihak Pengurusan UTM, kami mengucapkan Syabas dan Tahniah kepda yang berjaya membida nombor unik ini.
Untuk makluman, sesi bidaan ke kedua akan mula dibuka pada 7 Januari 2020 hingga 11 Januari 2020. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki nombor khas “UTM”