20 Oktober 2019 – UTM Johor Bahru
UTM Beri Sumbangan Kepada Pelajar UTM Sempena Menyambut Perayaan Deepavali 2019
Naib Canselor UTM YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, menyampaikan sumbangan dari Endowmen UTM sempena sambutan Perayaan Hari Deepavali 2019 kepada pelajar Bottom 40 UTM dari pelbagai fakulti dan tahun pengajian.
Sumbangan yang disalurkan serba sedikit dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan menyambut perayaan Hari Deepavali pada 27 Oktober 2019.
Sumbangan ini juga adalah tanda keprihatinan pihak pengurusan UTM – “Because We Care” kepada pelajar UTM yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan keturunan.
Turut hadir dalam majlis, ialah Prof. Dr. Mohd Zaki Kamsah, Pengerusi Bahagian Pemajuan, Prof. Madya Dr. Yusof Boon, Pengarah Endowmen dan pegawai serta staf Unit Endowmen UTM.
Unit Endowmen UTM
07-5531042/3
Laman web: https://endowmen.utm.my
ANDA INGIN MENYUMBANG?
Akaun Ambank No. : 8881 0209 83100
Bayar atas nama ” Universiti Teknologi Malaysia ”
Emel slip bank ke endowmen@utm.my.