UTM Johor Bahru, 7 Jun 2018 – YBhg. Datuk Prof. Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM menyampaikan sumbangan Ramadhan 1439H yang disalurkan oleh Unit Endowmen UTM kepada 33 orang pelajar B40.  Sumbangan tersebut diharapkan serba sedikit dapat membantu pelajar membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga sempena hari lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi.