KUALA LUMPUR, (Bernama) – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan “Ainuddin Wahid Endowment Fund” dengan dana RM10 juta bagi membiayai pelajar peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Perdana Menteri berkata dana berkenaan akan diagihkan secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun.
Ketika melancarkan biografi “Ainuddin Pejuang Degil Melayu” di UTM Jalan Semarak di sini, beliau berkata dana itu akan digunakan untuk membiayai lima pelajar PhD setiap tahun yang dari kumpulan “creme de la creme” iaitu yang terbaik.
“Pelajar-pelajar PhD yang dibiayai oleh dana ini juga berpeluang untuk mengikuti sandaran selama enam bulan semasa pengajian di salah sebuah institusi akademik tersohor dunia iaitu Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College,” katanya.