MANCING@UTM


Pelaksanaan Program Mancing@UTM yang dilancarkan pada 8 November 2018 bagi memberi satu lagi landskap terbaharu UTM sebagai sebuah universiti berkonsepkan Kampus Edupelancongan dan Lestari. Menerusi program yang berkonsepkan permit harian dan bulanan memancing, semua tasik-tasik di kampus UTM Johor Bahru telah diwartakan sebagai Zon Memancing iaitu di kawasan-kawasan berikut: (a) Tasik Desa Bakti; (b) Terusan UTM (bersebelahan Kediaman Rasmi Naib Canselor UTM); dan (c) Tasik Outward Bound, Sekolah Pendidikan UTM. Berikut merupakan Zon Tidak Dibenarkan Memancing berkuat kuasa mulai 15 Disember 2019: (a) Tasik Ilmu I; dan (b) Tasik Ilmu II. Pogram Mancing@UTM telah dikuatkuasakan mulai 8 November 2018. Diharapkan menerusi program yang diadakan akan menceriakan lagi persekitaran kampus UTM Johor Bahru menjadi lebih ceria, menarik serta inspiratif. Permit harian / bulanan boleh diperolehi daripada agen-agen yang dilantik secara rasmi seperti berikut: (a) En. Firdaus Wahyuddin: 019-7234367; (b) En. Abdul Samad Abdul Razak: 012-7218963; (c) En. Shahrul Nizam bin Mahmod: 010-7154004; dan (d) Tn. Hj. Azmi bin Md Rais: 019-7612657. |
|||||||||||||
1. WAKTU MEMANCING (DIBENARKAN)
|
|||||||||||||
2. KADAR PERMIT BAGI PROGRAM MANCING@UTM
Kadar permit adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. |
|||||||||||||
3. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PEMBERIAN LESEN PROGRAM MANCING@UTM
|
|||||||||||||
PERTANYAAN: Pengurus Kanan, Unit UTM Kampus Edupelancongan Kluster Sukan, Rekreasi & Edupelancongan Bahagian Pengurusan Perniagaan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) 81310 UTM, Kampus Johor Bahru. Telefon: 07-553 0167 / 1216 Emel: campus.edutourism@utm.my Faks: 07-5530582 |
|||||||||||||
Tarikh Kemaskini: 10 Februari 2020. |