UTM COMMERCIAL

UTM Commercial, Seksyen Penjanaan, Bahagian Pemajuan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

UTM Commercial berperanan sebagai peneraju dalam pengurusan dan pembangunan aktiviti komersial di dalam kampus. Bahagian ini bertanggungjawab mengurus operasi, penyewaan, serta perkhidmatan dari premis-premis seperti kafeteria, arked, kiosk, dan perkhidmatan lain yang menyokong ekosistem kampus.

UTM Commercial juga bertanggungjawab dalam pengurusan tanah sama ada pajakan atau sewaan jangka pendek. Melalui pendekatan strategik dan berkesan, UTM Commercial turut memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan untuk universiti melalui hasil sewaan dan pajakan selain memastikan perkhidmatan yang disediakan menepati peraturan dari aspek kebersihan, keselamatan, dan kualiti.

Antara tanggungjawab utama UTM Commercial ialah:
• Menyelaras dan memantau operasi premis komersial universiti.
• Mengurus proses sewaan dan pajakan.
• Merancang pembangunan dan naik taraf kemudahan komersial.
• Memastikan pematuhan terhadap garis panduan serta dasar universiti.

Dengan visi untuk mewujudkan persekitaran komersial yang dinamik dan mampan, UTM Commercial berperanan menyokong aspirasi universiti dalam mencapai kecemerlangan pembangunan, perkhidmatan dan kesejahteraan kepada warga kampus.

UTM Open Day