LATAR BELAKANG

Bahagian Pemajuan, Jabatan Timbalan Naib Canselor mula beroperasi pada Januari 2019 hasil gabungan Unit UTMAlumni, Unit Endowmen dan Unit Dana Wakaf Pendidikan.  Antara fungsi utama bahagian ini adalah untuk mengatur strategi dan memantau serta menyelaras semua inisiatif berkaitan penjanaan dana melalui sumbangan filantropi bagi memastikan kelangsungan agenda kecemerlangan universiti. Berlaku penstrukturan semula pada Februari 2024 dan menyebabkan perubahan unit dan seksyen di bawah Bahagian Pemajuan, Seksyen Dana Endowmen kekal di Bahagian Pemajuan dan terdapat lima unit dan seksyen baharu iaitu Seksyen Penjanaan, Unit UTM Geotourism, Unit UTM Komersial, Unit Penjanaan UTM KL dan Unit Scholar’s Inn. Penstrukturan ini diharapkan dapat membantu Bahagian Pemajuan lebih fokus, dan mempunyai pasukan yang lebih mantap untuk mencapai sasaran peningkatan pendanaan dan penjanaan universiti. 

Unit Endowmen yang ditubuhkan pada 2009 pula berfungsi bagi merancang inisiatif penjanaan dana dan mengurus tabung-tabung endowmen bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan pelaksanaan aktiviti di peringkat Fakulti dan PTJ. Bilangan staf terkini adalah 11 orang sahaja.

Seksyen Dana Endowmen
  • Membuat perancangan tentang inisiatif atau aktiviti yang menjana Tabung Endowmen UTM.
  • Membuat perancangan tentang kegunaan tabung-tabung endowmen (Biasiswa/Kursi Profesor/Penyelidikan, dan lain-lain).
  • Merancang aktiviti berkaitan penjanaan dana endowmen.
  • Mengambil tindakan faedah yang boleh diberikan kepada penyumbang/penderma Tabung Endowmen antaranya penamaan ruang makmal, bangunan, bilik seminar, bilik kuliah, bangunan kediaman pelajar dan lain-lain aset.
  • Menyediakan laporan tabung-tabung di bawah kawalan Endowmen.
Seksyen Penjanaan

Sedang dikemaskini.

Unit UTM Geotourism

Sedang dikemaskini

Unit UTM Komersial

Sedang dikemaskini

Unit Penjanaan UTM KL

Sedang dikemaskini

Unit Scholar’s Inn

Sedang dikemaskini